Sunday, December 9, 2012

Lawatan Pengarah BTP ke SK Paya Bunga



Pada 10 Jun 2012,satu lawatan bermaklumat daripada Pengarah BTP, Pn Rosnani bt Mohamed Ali ke SK Paya Bunga. Turut hadir ialah Pegawai PPD Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai daripada JPNT serta KPP BTPN Terengganu. Lawatan ini adalah bagi melihat Keberkesanan Projek Kelas Maya yang telah dilaksanakan di sekolah ini.

Thursday, December 6, 2012

Latihan eBOOK dan Kelas Maya Sekolah Menengah


Latihan eBOOK dan Kelas Maya bagi sekolah menengah telah dilaksanakan pada 22-23 Mei 2012 bertempat di BTPN Terengganu. Bagi kohort ini, daerah yang terlibat adalah Kuala Terengganu (Selatan), Besut dan Setiu. Pengisian latihan adalah menjurus kepada pengintegrasian eBOOK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan di sekolah menengah. Pendedahan diberi kepada penggunaan mythware dan media baru. Diharapkan pendedahan ini dapat meningkatkan penggunaan eBOOK di sekolah menengah.

Wednesday, October 31, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH KUALA TERENGGANU BIL 4/2012




Pada 29 Oktober 2012 telah diadakan Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu untuk kali ke 4. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Tok Jiring dan peserta yang hadir terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan 1, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan Juruteknik Komputer bagi PKG daerah Kuala Terengganu. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah isu-isu semasa pkg yang belum dan telah diselesaikan, pengurusan kewangan PKG dan SKT PKG Daerah Kuala Terengganu.

Friday, October 19, 2012

BENGKEL VERIFIKASI DATA i-NILAM DAN i-QPSS SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG BUKIT BESAR




Pada 17 Oktober 2012 telah diadakan Bengkel Verifikasi Data i-NILAM dan i-QPSS kepada semua sekolah ahli PKG Bukit Besar. Bengkel ini dilaksanakan di bilik mesyuarat dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhamad Abdah bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Guru-guru yang hadir terdiri daripada guru Nilam dan guru PSS. Pengisian bagi bengkel ini ialah guru-guru didedahkan dengan teknik verifikasi data i-Nilam serta diadakan juga mesyuarat ringkas kepada guru GPM yang hadir.

Friday, August 10, 2012

BENGKEL PENGISIAN SSQS 2012




Pada 08 hingga 09 Ogos 2012, telah diadakan satu bengkel pengisian SSQS bertempat di bilik mesyuarat PKG Bukit Besar. Bengkel ini melibatkan 62 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT dan Pengetua/Guru Besar bagi sekolah ahli pkg bukit besar dan Fasilitator bagi bengkel ini ialah En. Muhamad Abdah bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Antara pengisian bagi bengkel ini ialah para peserta didedahkan dengan kaedah ataupun cara menggunakan sistem ssqs serta bagaimana mengumpulkan responden yang terlibat bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di dalam sistem.

Sunday, July 8, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PKG PENGKALAN HULU KE PKG BUKIT BESAR




Pada 07 Julai 2012, PKG Bukit Besar telah menerima satu rombongan daripada PKG Pengkalan Hulu, Perak. Peserta lawatan ini terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Pengkalan Hulu serta beberapa pegawai BTPN Perak. Pegawai PPD Kuala Terengganu diberi tanggungjawab untuk mengendalikan peserta lawatan berikutan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar menghadiri peperiksaan di IPG Dato’ Razali pada hari tersebut.

Thursday, March 1, 2012

Bengkel IQPSS dan Nilam



Pada 28 Februari 2012, satu Bengkel Pemantapan Penggunaan Nilam dan IQPSS telah diadakan di Bilik Seminar PKG Bukit Besar, bengkel ini dikendalikan oleh En. Muhamad Abdah bin Ismail dan melibatkan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Besar.

Guru-guru GPM telah diberi penerangan tentang cara mengisi data i-Nilam secara online. Selain itu beliau juga turut memaklumkan kepada guru GPM perlu merancang program membaca di sekolah untuk memupuk minat murid-murid untuk membaca.

Wednesday, February 22, 2012

MESYUARAT JKPA BIL.1/2012 PKG KUALA TERENGGANU




Pada 20 Februari 2012, satu Majlis Perhimpunan Ahli Mesyuarat JKPA bagi PKG-PKG Daerah Kuala Terengganu telah diadakan, Majlis ini diadakan di Dewan Besar BTPN Terengganu. Antara Pegawai-pegawai yang hadir adalah KPP BTPN Terengganu, Pegawai PPD dan Pegawai Votek PPD Kuala Terengganu, Pengetua/Guru Besar serta Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan PKG.

Apabila tamat sesi perhimpunan di Dewan Besar BTPN Terengganu, Peserta Mesyuarat berpecah kepada beberapa kumpulan mengikut PKG Masing-masing. Bagi PKG Bukit Besar, ahli mesyuarat berkumpul di Bilik Seminar.