Sunday, June 9, 2013

PEMANTAUAN PEGAWAI BTPN TERENGGANU KE PKG BUKIT BESAR BIL.1/2013




Pada 06 Jun 2013, Pegawai dari Unit Hal Ehwal PKG BTPN Terengganu telah mengadakan Pemantauan ke PKG Bukit Besar. Antara aspek utama yang dipantau adalah :-
            1-Program Pusat Sumber Sekolah
            2-Program Nilam
            3-Program ICT
Antara pegawai yang hadir pada pemantauan kali ini ialah YM  Tengku Muhd Abdussalam bin Tengku Awang selaku Ketua Unit Hal Ehwal PKG dan En. Rufaifa bin Abdullah selaku Pegawai Teknologi Pendidikan. Selain itu turut di pantau adalah aktiviti pkg yang telah dan belum dilaksanakan, laporan kehadiran pegawai dan staf pkg serta fail-fail pengurusan pkg.

Pemantauan ini merupakan satu pematuhan kepada objektif kualiti dalam Sistem Pengurusan Kualiti Persijilan MS ISO 9001; 2008 di peringkat BTPN Terengganu.