Pada
28 Februari 2012, satu Bengkel Pemantapan Penggunaan Nilam dan IQPSS
telah diadakan di Bilik Seminar PKG Bukit Besar, bengkel ini
dikendalikan oleh En. Muhamad Abdah bin Ismail dan melibatkan Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Besar.
Guru-guru
GPM telah diberi penerangan tentang cara mengisi data i-Nilam secara
online. Selain itu beliau juga turut memaklumkan kepada guru GPM perlu
merancang program membaca di sekolah untuk memupuk minat murid-murid
untuk membaca.
No comments:
Post a Comment