Tuesday, January 29, 2013

BENGKEL PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN NILAM KEPADA GPM SEKOLAH AHLI PKG BUKIT BESAR 1/2013




Pada 27 Januari 2013 telah diadakan Bengkel Pemantapan Pusat Sumber Sekolah dan i-Nilam kepada GPM sekolah ahli PKG Bukit Besar. Fasilitator terdiri daripada En. Muhamad Abdah bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Durian Burong, En. Iswady Fazly bin Md. Nor, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan En. Wan Mohd Bakri bin Wan Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dari PKG Bukit Besar. Antara yang disampaikan pada bengkel ini adalah urusan pelantikan GPM yang baru, Teknik pengurusan PSS yang Cemerlang dan cara mengisi i-Nilam secara online. Diharap bengkel pada kali ini akan memberikan serba sedikit pengalaman kepada GPM yang baru dilantik.

Thursday, January 17, 2013

MESYUARAT SKT 1/2013 PKG DAERAH K. TRG DAN MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG



Pada 15 Januari 2013, telah diadakan mesyuarat SKT bagi PKG Daerah Kuala Terengganu. Mesyuarat ini membincangkan tentang hala tuju dan perancangan PKG Daerah bagi memenuhi SKT PKG masing-masing. Pada masa yang sama juga di adakan juga mesyuarat ringkas daripada Ketua Unit PKG bagi program serah tugas PTP PKG.

Antara yang terlibat dalam majlis serahan tugas ini ialah:
-En.Abdul Malik Muhamad kepada En. Iswady Fazly b. Md. Nor
-En. Muhamad Abdah b. Ismail kepada En. Wan Mohd Bakri b. Wan Musa
-En. Imran bin Mat Ali kepada En. Mohd Tarmizi b. Che Min
Pn. Noraihan bt Mohamed kepada Cik Anita@Aziza bt Mohamad

Semoga dengan pertukaran pegawai ini akan memberi suasana dan azam yang baru kepada pegawai yang terlibat.

Friday, January 4, 2013

PEMANTAUAN AWAL TAHUN PKG BUKIT BESAR KE SK PADANG MIDIN




Pemantauan Awal Tahun 2013 Pegawai PKG Bukit Besar ke Sekolah angkat PKG iaitu SK Padang Midin. Tujuan lawatan ini adalah bagi mengumpul maklumat berhubung dengan masalah sekolah seperti talian internet, masalah kekurangan guru, status bilangan kerusi dan meja murid yang tidak mencukupi serta masalah kebocoran atap di ruang pejabat dan bilik PSS Sekolah.

Semua permasalahan tersebut telah dipantau dan maklumat berhubung perkara tersebut telah dihantar ke Pihak Kementerian untuk diambil tindakan lanjut.