PENGENALAN

Sejarah PKG bermula dengan penubuhan Pusat Media Daerah (PMD) dalam tahun 60-an . Pada tahun 1986 konsep PMD ini telah diterima sebagai asas penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Daerah . Setelah beberapa perkembangan dalam bidang pendidikan , maka pada bulan Ogos 1990 PSPD ditukarkan kepada nama baru iaitu Pusat Kegiatan Guru
( PKG ) serta diberi peranan yang lebih luas dan menyeluruh .

1992

Bagi Negeri Terengganu Darul Iman , bilangan sekolah adalah kecil maka negeri ini diperuntukkan sebanyak 22 buah PKG . Dari jumlah tersebut 11 buah mempunyai bangunan sendiri manakala 11 buah lagi masih tidak mempunyai bangunan dan ditempatkan di sekolah yang dikenalpasti strategik kedudukannya.

1994

Bangunan PKG Kuala Terengganu Selatan I ( PKGKTS I ) didirikan dalam kawasan SK.Pusat Bukit Besar dan siap dibina pada awal 1991 . Pada 1 Ogos 1991 seorang Penyelaras sepenuh masa telah dilantik dan ditempatkan di PKGKTS I untuk menjalankan pengurusan dan pengoperasiannya.

1996

PKG Terengganu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Asiah binti Abu Samah , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 8 Ogos 1992 . PKG KTS I telah dipilih sebagai temapat mengadakan majlis tersebut .

2003

Di awal penubuhan PKG KTS I ahli-ahli terdiri daripada 25 buah sekolah di sekitar Kuala Terengganu iaitu 8 buah sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah .

Mulai tahun 1999 penyusunan semula PKG telah diadakan semula . PKG Bukit Besar mempunyai 32 buah sekolah sebagai ahli iaitu 19 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah .

Menjelang tahun 2003 bilangan sekolah ahli telah bertambah menjadi 34 buah sekolah.

                                                                    2017

Bermula tahun 2017 bilangan sekolah ahli PKG telah berubah. Selari dengan peredaran masa. Berikut adalah maklumat terkini sekolah di zon PKG Bukit Besar

Bilangan Sekolah Ahli Terkini bagi tahun 2017 ialah : 33 buah Sekolah
- 18 buah Sekolah Rendah
- 15 buah Sekolah Menengah