Thursday, April 25, 2013

PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN PKG BUKIT BESAR BIL.1/2013


Pada 24 April 2013, Tuan Haji Mohamad bin Harun, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Terengganu telah mengadakan pemantauan ke PKG Bukit Besar bagi melihat isu-isu dan permasalahan pegawai dan staf , serta melihat status kehadiran, buku rekod aktiviti harian dan lain-lain.

Pemantauan ini juga turut membincangkan permasalahan perpindahan tempat makan peserta yang menggunakan PKG Bukit Besar daripada dewan serbaguna ke bilik pameran.
 


Tuesday, April 23, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA bil 1/2013






Pada 23 April 2013 telah diadakan Mesyuarat GPM Bil 1/2013 bertempat di bilik mesyuarat PKG Bukit Besar. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit UPSP BTPN Terengganu iaitu En. Akram@Amir bin Abdul Majid serta PTP 1 dan PTP 2 PKG Bukit Besar.

Antara perkara yang dibincangkan seperti program pemilihan PSS terbaik bagi sekolah ahli, pencapaian iQ-PSS, Nilam Guru dan lain-lain.