Friday, March 22, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN dan Anugerah Tokoh NILAM




Pada 21 Mac 2013, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN dan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu. Majlis tiga dalam satu ini diadakan di Prinzpark Hotel, Kuala Ibai bagi memberi pengiktirafan kepada pegawai dan staf BTPN dan PKG Negeri Terengganu. Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2013 juga telah dinobatkan pada hari berkenaan. Bagi Anugerah PKG Cemerlang telah disandang oleh PKG Tok Jiring (Berbangunan) dan PKG Bukit Payong (Berbangunan Khas). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

TOKOH NILAM BAHASA MELAYU (SR) 
| NURUL SYARAFINA BINTI AB. RAHIM | SK TG. MAHMUD, BESUT 
TOKOH NILAM BAHASA MELAYU (SM)
| MUHAMMAD ABDULLAH BIN MOHAMAD FADZIL | SMK TG. INTAN ZAHARAH, DUNGUN
TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS (SR)
| NAFIESSA ALYA BINTI MOHD NAJIB | SK SULTAN ISMAIL, KEMAMAN
TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS (SM) 
| ANAS BIN MOHAMAD DAUD | SM IMTIAZ, DUNGUN

|Keputusan Penuh Anugerah BTPN Terengganu
|Keputusan Penuh Anugerah Tokoh NILAM Terengganu





Friday, March 1, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG BUKIT BESAR 1/2013




Pada 28 Februari 2013 telah diadakan Mesyuarat JKPA 1/2013 bagi PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong di BTPN Terengganu. Satu sesi taklimat bersama KPP BTPN Terengganu telah diadakan pada pukul 9.00, sebelum mesyuarat JKPA bermula pada pukul 12.00 tengahari.
Antara yang dibincangkan oleh KPP dalam taklimat tersebut adalah berhubung dengan status 1Bestarinet sekolah, penarafan iQPSS dan SSQS bagi tahun 2012 serta agenda baru BTPN Terengganu kepada pihak sekolah bagi tahun 2013.

Mesyuarat JKPA dimulakan pada setelah majlis penyampaian sijil Penghargaan kepada sekolah yang berjaya mendapat 5 Bintang bagi iQPSS dan SSQS 2012. Peserta mesyuarat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Bilik Seminar bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar dan Bilik Persidangan bagi sekolah ahli PKG Durian Burong.