Monday, January 25, 2016

Khidmat Bantu ICT (Networking) di SK Pusat Bukit Besar



Khidmat Bantu Networking di SK Pusat Bukit Besar

Tarikh : 20 - 21 Januari 2016
Masa   : 8.30 Pagi - 4.30 Petang

         Peserta-peserta:    -Juruteknik Komputer dan EIO PKG Bukit Besar.
                                               -Juruteknik Komputer SJKC Chung Hwa Wei Sin dan 
SK Sultan Sulaiman 1

Kawasan Khidmat Bantu Networking melibatkan Makmal Komputer dan Bilik Pendidikan Khas Integrasi.

Monday, January 18, 2016

Program Khidmat Bantu ICT di SK Pasir Panjang



PKG Bukit Besar telah mengadakan Program Khidmat Bantu ICT di SK Pasir Panjang pada 11 hingga 12 Januari 2016. Khidmat bantu ini bertujuan bagi membahagikan kedudukan meja komputer HP multiseat yang sebelum ini adalah 8 meja bercantum dan dipecahkan 2 bahagian bagi memudahkan pemantauan guru ke atas pelajar. Peserta-peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Juruteknik Komputer sekolah ahli, Guru ICT SK Pasir Panjang serta Pegawai dan Staf PKG.

Sunday, January 17, 2016

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS BIL 1/2016



MESYUARAT PENGURUSAN PKG DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS BIL 1/2016

Tarikh : 17 Januari 2016 ( Ahad )

Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Mengabang Telipot

Wednesday, January 6, 2016

Taklimat Pengedaran Bahan Digital MBMMBI 2016



Taklimat Pengedaran Bahan Digital MBMMBI 2016 telah diadakan di PKG Bukit Besar pada 06 Januari 2016. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar iaitu En. Iswady dan Pn. Nihlah kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah ahli. Antara bahan-bahan yang diedarkan seperti Bahan Digital Bahasa Melayu sekolah Rendah dan Menengah, Majalah Mayang, Poster dan buku nota.

Sunday, January 3, 2016

Lawatan Kerja KPP BTPN Terengganu ke PKG Bukit Besar



Pada 03 Januari 2016, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu telah mengadakan lawatan kerja ke PKG Bukit Besar. Lawatan ini bertujuan bagi meninjau suasana persekitaran kerja di PKG serta memastikan pengurusan dan pentadbiran PKG diurus dengan baik dan teratur.