Sunday, November 2, 2014

Mesyuarat JKPA Bil. 2/2014


Pada 02 November 2014 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) bagi PKG Bukit Besar yang bertempat di bilik seminar PKG Bukit Besar. Antara perkara yang dibincangkan ialah Laporan aktiviti pada mesyuarat JKPA bil.1/2014, pencapaian sekolah dalam pertandingan PSS peringkat Negeri Terengganu, Penyelenggaraan Peralatan ICT untuk tahun 2014 serta perkara berbangkit daripada ahli mesyuarat berkenaan.

Thursday, October 16, 2014

Khidmat Bantu PSS SK Pusat Bukit Besar 2014




Khidmat Bantu Pusat Sumber SK Pusat Bukit Besar telah diadakan pada 15 hingga 16 Oktober 2014. Program ini disertai oleh semua guru GPM sekolah rendah dan beberapa orang Pembantu Perpustakaan daripada sekolah menengah.

Pada hari pertama peserta diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar dan Guru GPM dari SK Pusat Bukit Besar di Bilik Seminar sebelum program dimulakan selepas itu. Pusat Sumber SK Pusat Bukit Besar memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang pada Peringkat Negeri Terengganu. Semoga khidmat bantu kali ini menambahkan lagi keceriaan Pusat Sumber sekolah berkenaan.


Tuesday, September 23, 2014

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (Modul Kehadiran Murid)


Pada 22 September 2014 telah diadakan Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi Modul Kehadiran Murid. Fasilitator bengkel ialah En. Iswady Fazly b. Md Noor (PTP 1 PKG Bukit Besar).Sasaran utama bengkel ini adalah kepada Penyelaras SPS bagi sekolah yang berkenaan. Bengkel pada kali ini mengabungkan sekolah ahli daripada PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong yang bertempat di SMK Sultan Ahmad.

Wednesday, September 10, 2014

Bengkel Proses Teknik Buku (PSS) untuk Guru GPM



Pada 08-09 September 2014 telah diadakan Bengkel Proses Teknik Buku untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong. Fasilitator bengkel terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Payung En. Amir bin Hamzah, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar En. Iswady Fazly bin Md Nor dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Durian Burong Pn. Zarinah bt Mat Aroff.

Wednesday, July 23, 2014

Taklimat SSQS 2014 Sekolah Ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong




Taklimat SSQS kepada Guru GPB/GICT telah diadakan pada 22 Julai 2014 di SMK Seri Nilam. Taklimat pada kali ini mengabungkan guru-guru daripada sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong dan taklimat disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan daripada PKG Daerah Kuala Terengganu.

Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS 2014 akan bermula pada 14 Julai 2014 hingga Khamis 28 Ogos 2014. Penarafan tersebut boleh dibuat menggunakan alamat http://ssqs.btpntrg.edu.my manakala surat arahan dari KPM dan JPN boleh download 
di sini. Lihat Powerpoint taklimat disini

Sunday, June 29, 2014

Bengkel Pembinaan Laman VLE Pendidikan Islam Ting. 2 Fasa 2 / 2014





Pada 23 Jun 2014 telah diadakan Bengkel pembinaan laman pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2 yang bertempat dewan SMKA Sheikh Abdul Malek.

Fasilitator bagi bengkel ini terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah KualaTerengganu. Bengkel pada kali merupakan fasa yang ke 2, iaitu sambungan daripada fasa 1 yang diadakan di SMA Atas Sultan Zainal Abidin pada 2-4 April 2014.

Monday, April 28, 2014

Khidmat Bantu ICT di SMK Dato' Razali Ismail



Pada 21 hingga 23 April 2014 PKG Bukit Besar telah menganjurkan Program Khidmat Bantu ICT (Networking) yang bertempat di SMK Dato' Razali Ismail.

Khidmat bantu ini disertai oleh 4 orang Juruteknik Komputer sekolah ahli iaitu:

1-Mohd Azeri bin Ismail (SMK Chung Hwa Wei Sin)
2-Muhammad Saufi bin Rozlan (SK Tengku Ampuan Mariam)
3-Zarrin bin Musa (SMKA Sheikh Abdul Malek)
4-Raswadi bin Ramli (SJKC Chung Hwa Wei Sin)

Khidmat Bantu ICT pada kali ini melibatkan tambahan Local Area Network (LAN) di Perpustakaan, Bilik Guru dan beberapa bilik di pejabat sekolah.

Pemantauan ke SMKA Sheikh Abdul Malek



Pada 22 April 2014 telah dilaksanakan pemantauan PKG Bukit Besar ke SMKA Sheikh Abdul Malek. Pemantauan ini merangkumi:

1 - Pusat Sumber Sekolah/NILAM
2 - ICT dan Aplikasi
3 - Teknologi Pendidikan.

Monday, April 21, 2014

Bengkel Pemantapan dan Pengisian SPS Siri-2



Pada 20 April 2014 telah diadakan Bengkel Pemantapan dan Pengisian SPS Siri-2 yang bertempat di PKG Bukit Besar. Peserta bengkel terdiri daripada guru ICT dan guru Data daripada sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong.

Semoga bengkel pada kali ini memberikan pendedahan dan kefahaman yang mantap kepada peserta dalam pengurusan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk sekolah masing-masing.

Thursday, April 17, 2014

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 2




Pada 2-3 April 2014 telah diadakan Bengkel pembinaan laman pembelajaran mata pelajaran pendidikan agama islam tingkatan 2 yang bertempat SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Burok.

Fasilitator bagi bengkel ini terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Kuala Terengganu. Hasil daripada bengkel ini kemudian dimurnikan semula di PKG Tok Jiring pada 16 April 2014 untuk proses upload web tersebut ke web Frog Store KPM.

Monday, April 14, 2014

Pemantauan PKG Ke SMK Tengku Bariah



                                   Tarikh: 09-04-2014
                                   Masa: 10.30 Pagi
Tempat: Makmal Komputer dan Pusat Sumber Sekolah      

Sunday, April 13, 2014

Pemantauan PKG Bukit Besar ke SK Sultan Sulaiman 1




                                   Tarikh: 08-04-2014
                                   Masa: 3.00 Petang
Tempat: Makmal Komputer dan Pusat Sumber Sekolah      

Tuesday, April 8, 2014

Pemantauan PKG Bukit Besar ke SMK Dato' Razali Ismail



Pada 07 April 2014 telah dilaksanakan pemantauan PKG Bukit Besar ke SMK Dato' Razali Ismail. Pemantauan ini merangkumi:

1 - Pusat Sumber Sekolah/NILAM
2 - ICT dan Aplikasi
3 - Teknologi Pendidikan.

Monday, April 7, 2014

Bengkel Verifikasi IQ-PSS/i-NILAM dan Sistem Pengurusan Fail PSS





Pada 2-3 April 2014 telah diadakan bengkel Verifikasi IQ-PSS/I-NILAM dan Sistem Pengurusan Fail Pusat Sumber Sekolah (PSS) untuk sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong yang bertempat di SMK Dato' Razali Ismail.

Fasilitator bagi bengkel ini ialah Cik Radziah bt Abdul Rahman (UPSP BTPN Terengganu),Iswady Fazly bin Md Noor (PTP 1 PKG Bukit Besar), Wan Mohd Bakri bin Wan Musa (PTP 2 PKG Bukit Besar),Muhamad Abdah bin Ismail (PTP 1 PKG Durian Burong), Pn.Zarinah bt Mat Aroff (PTP 2 PKG Manir) dan Muhammad Sabri bin Ali (PTP 2 PKG Mengabang Telipot).

Pengisian bagi bengkel ini ialah menerangkan dengan lebih teliti tentang Fail-fail yang terlibat dalam pengurusan fail di Perpustakaan sekolah serta masalah dan penyelesaian bagi data IQ-PSS dan
i-Nilam.

Thursday, March 13, 2014

Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)




        Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah untuk sekolah ahli PKG Bukit Besar dan 
        PKG Durian Burong bil.1/2014.

        Tarikh: 03-03-2014
        Masa: 8.30 - 4.30 Petang
        Tempat: SMK Sultan Ahmad

Monday, March 3, 2014

Mesyuarat JKPA bil.1-2014




Pada 26-02-214 telah diadakan Mesyuarat JKPA bil.1/2014 bagi PKG Daerah Kuala Terengganu Selatan. PKG yang terlibat adalah PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong. Bagi PKG Daerah Kuala Terengganu Utara pula diadakan pada 27-02-2014 yang melibatkan 3 buah PKG iaitu PKG Mengabang Telipot, PKG Manir dan PKG Tok Jiring.

Sunday, February 23, 2014

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan dan Utara




Pada 17 Februari 2014 telah diadakan Aktiviti Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kuala Terengganu (Selatan) bertempat di PKG Bukit Besar. Pada 18-20 Februari 2014 pula telah diadakan Aktiviti Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kuala Terengganu (Utara) yang bertempat di PKG Tok Jiring. Pemenang program ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu: Bahasa Inggeris (SM), Bahasa Melayu (SM), Bahasa Inggeris (SR) dan Bahasa Melayu (SR).

Friday, February 14, 2014

Khidmat Bantu ICT di SMK Chung Hwa Wei Sin (CF)




Pada 10 hingga 12 Februari 2014 telah diadakan Program Khidmat Bantu ICT (Networking) bertempat di
SMK Chung Hwa Wei Sin. Khidmat bantu ini disertai oleh 4 orang Juruteknik Komputer iaitu:-

1-Mohd Azeri bin Ismail (SMK Chung Hwa Wei Sin)
2-Muhammad Saufi bin Rozlan (SK Tengku Ampuan Mariam)
3-Zarrin bin Musa (SMKA Sheikh Abdul Malek)
4-Mohd Fikri bin Jusoh (PKG Bukit Besar).

Kawasan yang dilakukan khidmat bantu ini melibatkan Bilik Guru, Bilik Unit Peperiksaan, Pusat Sumber dan Pejabat Pentadbiran sekolah.

Friday, February 7, 2014

Lawatan Penanda Aras ke SK Felda Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah



Pada 05 Februari 2014 PKG Bukit Besar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat dan Pusat Sumber SMA Mahmudiah. Pengangkutan untuk ke sekolah tersebut menggunakan bas tajaan daripada SMA Atas Sultan Zainal Abdin.

Thursday, January 30, 2014