Sunday, December 13, 2015

Khidmat Bantu ICT (Networking) Fasa Ke-2 di SMK Bukit Besar



Program Khidmat Bantu ICT (Networking) Fasa ke-2 di SMK Bukit Besar telah diadakan pada 08 hingga 10 Disember 2015. Aktiviti anjuran PKG Bukit Besar ini melibatkan Juruteknik Komputer dari SMKA Sheikh Abdul Malek, SMK Chung Hwa Wei sin, SK Tengku Ampuan Mariam dan PKG Bukit Besar. Kawasan yang terlibat dengan khidmat bantu ini ialah Bilik Guru, Bilik Guru Disiplin, Bilik Pendidikan Khas Penglihatan dan Pendidikan Khas Pembelajaran.

Thursday, November 19, 2015

Khidmat Bantu ICT Networking di SMK Bukit Besar


Program Khidmat Bantu ICT (Networking) di SMK Bukit Besar telah diadakan pada 16 hingga 17 November 2015. Aktiviti anjuran PKG Bukit Besar ini melibatkan Juruteknik Komputer dari SMKA Sheikh Abdul Malek, SMK Chung Hwa Wei sin, SK Tengku Ampuan Mariam dan PKG Bukit Besar. Kawasan yang melibatkan khidmat bantu ini melibatkan Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Ketua Bidang dan Pusat Sumber Sekolah. Semoga dengan khidmat bantu ini sedikit sebanyak membantu sekolah memaksimumkan penggunaan internet dan meningkatkan peratus penggunaan VLE sekolah.


Sunday, November 1, 2015

Mesyuarat JKPA Bil.2 2015 PKG Bukit Besar



Mesyuarat JKPA bil.2/2015 PKG Bukit Besar telah diadakan pada 21 Oktober 2015 bertempat di SK Pasir Panjang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Pengerusi PKG iaitu Pengetua SMKA Sheikh Abdul Malek. Turut Hadir ialah Penolong Pengarah Unit Media Inovasi Pendidikan BTPN iaitu Hj. Wan Mohd Zuhaidi b. Wan Hassan. Antara agenda mesyuarat ialah Pencapaian VLE Sekolah, pencapaian SSQS, IQPSS dan lain-lain.

Wednesday, August 19, 2015

Taklimat Gerak Gempur VLE Terengganu (PKG Bukit Besar)




Taklimat Gerak Gempur VLE Terengganu telah diadakan pada 19 Ogos 2015 bertempat di Bilik Seminar. Taklimat disampaikan oleh En. Iswady Fazly b. Md. Nor dan peserta yang hadir terdiri daripada Guru Penyelaras VLE di sekolah ahli PKG Bukit Besar.

Sunday, July 12, 2015

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)




Perhatian kepada semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Bukit Besar untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah, yang dilaksanakan secara dalam talian, di link , bermula pada 6 Julai hingga 23 Ogos 2015. 


Harap maklum, terima kasih.

 

Wednesday, May 20, 2015

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) 1BESTARINET MATEMATIK DAN SAINS SIRI 1 dan 2 (TAHUN 4)



Pada 20 dan 21 Mei 2015 telah diadakan Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran (VLE) bagi subjek Sains dan Matematik tahun 4. Bengkel ini mengabungkan sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong yang bertempat di Bilik Bunga Lawang PKG Bukit Besar.

Tuesday, April 14, 2015

BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2015 MENGGUNAKAN PENDEKATAN ZPD




Bengkel Penggunaan Bahan Digital MBMMBI 2015 menggunakan pendekatan ZPD telah diadakan pada 08 April 2015 (Rabu) bertempat di dewan besar SMK Chendering.

Ucap utama bengkel ini telah disempurnakan oleh Tn. Haji Shamsudin b.Hassan selaku Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan. Bengkel ini telah dihadiri oleh guru Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Melayu seramai 120 orang dari 60 buah sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong.

Ceramah pendekatan ZPD ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah dari SISC+ (PPD) iaitu Tn. Haji Mohd Shukri b. Ismail dan Pn. Mahshuri bt. Rani dan juga telah dibantu oleh fasilitator-fasilatator (Pn.Yusnita bt.Yunus dan Pn.Laili bt. Hussin).

Thursday, April 2, 2015

Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ Guru ICT dan Juruteknik Komputer (Bil.1-2015)




Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT dan Juruteknik Komputer telah diadakan pada 01 April 2015 yang bertempat di bilik Seminar SMK Sultan Ahmad. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Pembestarian Sekolah BTPN Terengganu En. Yusma @ Abd Mubin bin Yusof. Mesyuarat membincangkan tentang Penyelenggaraan ICT yang sedang berlaku di sekolah serta Status Penggunaan Chromebook, VLE dan VDI Thin Client.

Bengkel Verifikasi IQPSS dan I Nilam (Bil 1/2015)




Bengkel Verifikasi IQPSS dan I Nilam bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong telah diadakan pada 31 Mac 2015 bertempat di SMK Seri Nilam. Bengkel kali ini menunjukkan cara untuk upload data murid daripada data murid yang diperolehi daripada web APDM serta pendaftaran kelas dan menyemak status duplicate maklumat murid daripada sistem Tarantula I Nilam.

Monday, March 23, 2015

Mesyuarat JKPA bil.1/2015



Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) PKG Bukit Besar telah diadakan pada 11 Mac 2015 bertempat di bilik Mesyuarat SMKA Sheikh Abdul Malek. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Unit Pembestarian BTPN Terengganu iaitu En. Yusma @ Abd Mubin bin Yusof. Mesyuarat membincangkan tentang perancangan sekolah ahli bagi tahun 2015 bagi jawatankuasa kecil JKPA yang terlibat serta aktiviti yang tertangguh daripada tahun lepas.

Tuesday, February 10, 2015

PEMILIHAN TOKOH NILAM SARINGAN PKG BUKIT BESAR




Pemilihan Tokoh Nilam Saringan PKG Bukit Besar telah diadakan pada 09 Februari 2015 bertempat di PKG Bukit Besar. Calon-calon terdiri daripada 4 Kategori iaitu:-

1-Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
2-Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
3-Bahasa Inngeris Sekolah Rendah
4-Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

Berikut adalah keputusan saringan pemilihan tokoh nilam yang telah dilaksanakan:-

Bahasa Malaysia (Sekolah Rendah)
1-SK PUSAT BUKIT BESAR
2-SK PUSAT KUALA IBAI
3-SJKC CHUNG HWA WEI SIN
4-SK GONG TOK NASEK
5-SK CHENDERING

Bahasa Malaysia (Sekolah Menengah)
1-SM SAINS K. TERENGGANU
2-SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
3-SMK PADANG NEGARA
4-SMK SULTAN SULAIMAN
5-SMK PANJI ALAM

Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)
1-SK SULTAN SULAIMAN 1
2-SJKC CHUNG HWA WEI SIN
3-SK SERI BUDIMAN
4-SK KG BUKIT CHENDERING
5-SK PASIR PANJANG

Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah)
1-SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
2-SMK SULTAN SULAIMAN
3-SMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN
4-SM SAINS K. TERENGGANU
5-SMK BUKIT BESAR

Thursday, January 29, 2015

Taklimat Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Bukit Besar



Taklimat Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan telah diadakan pada 29 Januari 2015 bertempat di Bilik Media & Elektronik (Pusat Sumber SK Pusat Bukit Besar). Peserta yang hadir terdiri daripada Guru Nilam bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar.

Berikut  adalah beberapa aspek yang perlu diberi penekanan :

1. Ketrampilan
2. Pengetahuan Ilmiah
3. Kemahiran Membaca
4. Kemahiran Berkomunikasi
5. Kemahiran KBAT
6. Mempunyai keyakinan yang tinggi.

Ini adalah kerana 90% markah adalah daripada temuduga Individu dan  temuduga berkumpulan dan 10% adalah ujian penulisan.

Wednesday, January 21, 2015

MESYUARAT DAN BENGKEL PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU



Mesyuarat dan Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kuala Terengganu
Tarikh : 21 Januari 2015
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Mengabang Telipot

Thursday, January 15, 2015

Taklimat Bahan Digital MBMMBI bagi Sesi Persekolahan 2015


Taklimat dan pengedaran bahan Digital MBMMBI bagi sesi persekolahan 2015 telah diadakan Bilik Mesyuarat PKG Bukit Besar pada 14 Januari 2015. Taklimat ini disampaikan oleh En. Iswady Fazly b. Md nor (PTP 1 PKG Bukit Besar) dan En. Hj Wan Mohd Bakri b. Wan Musa (PTP 2 PKG Bukit Besar) kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah ahli.

Antara bahan-bahan yang diedarkan termasuklah CD Bahan Digital Multimedia MBMMBI untuk sekolah rendah dan menengah, Kalendar 2015, Diari 2015 dan Poster-poster media pendidikan.