Pada 08 hingga 09 Ogos 2012, telah
diadakan satu bengkel pengisian SSQS bertempat di bilik mesyuarat PKG Bukit
Besar. Bengkel ini melibatkan 62 orang peserta yang terdiri daripada Guru
Penyelaras Bestari/Guru ICT dan Pengetua/Guru Besar bagi sekolah ahli pkg bukit
besar dan Fasilitator bagi bengkel ini ialah En. Muhamad Abdah bin Ismail,
Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Antara pengisian bagi bengkel ini ialah para
peserta didedahkan dengan kaedah ataupun cara menggunakan sistem ssqs serta
bagaimana mengumpulkan responden yang terlibat bagi menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan di dalam sistem.
No comments:
Post a Comment