Sunday, February 23, 2014

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan dan Utara




Pada 17 Februari 2014 telah diadakan Aktiviti Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kuala Terengganu (Selatan) bertempat di PKG Bukit Besar. Pada 18-20 Februari 2014 pula telah diadakan Aktiviti Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Daerah Kuala Terengganu (Utara) yang bertempat di PKG Tok Jiring. Pemenang program ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu: Bahasa Inggeris (SM), Bahasa Melayu (SM), Bahasa Inggeris (SR) dan Bahasa Melayu (SR).

Friday, February 14, 2014

Khidmat Bantu ICT di SMK Chung Hwa Wei Sin (CF)




Pada 10 hingga 12 Februari 2014 telah diadakan Program Khidmat Bantu ICT (Networking) bertempat di
SMK Chung Hwa Wei Sin. Khidmat bantu ini disertai oleh 4 orang Juruteknik Komputer iaitu:-

1-Mohd Azeri bin Ismail (SMK Chung Hwa Wei Sin)
2-Muhammad Saufi bin Rozlan (SK Tengku Ampuan Mariam)
3-Zarrin bin Musa (SMKA Sheikh Abdul Malek)
4-Mohd Fikri bin Jusoh (PKG Bukit Besar).

Kawasan yang dilakukan khidmat bantu ini melibatkan Bilik Guru, Bilik Unit Peperiksaan, Pusat Sumber dan Pejabat Pentadbiran sekolah.

Friday, February 7, 2014

Lawatan Penanda Aras ke SK Felda Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah



Pada 05 Februari 2014 PKG Bukit Besar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat dan Pusat Sumber SMA Mahmudiah. Pengangkutan untuk ke sekolah tersebut menggunakan bas tajaan daripada SMA Atas Sultan Zainal Abdin.