Monday, February 11, 2019

BUDI ABADI HARUM DALAM SEUNTAI NAMA



7 Februari 2019(Khamis) merupakan hari terakhir Tn.Hj. Alias bin Talib berkhidmat di BTPN Terengganu sebagai Ketua Penolong Pengarah.Untuk makluman, beliau memulakan perkhidmatan pada tahun 1 Julai 1980 dan telah berkhidmat selama 38 tahun 7 bulan sebagai penjawat awam di beberapa organisasi. Majlis Budi Abadi Harum Dalam Seuntai Nama yang dikendalikan oleh BTPN Terengganu telah diadakan di dewan BTPN Terengganu pada tarikh  berkenaan.Antara yang hadir pada majlis ialah Pengarah BSTP, Pengarah JPN Terengganu  Ketua Penolong Pengarah dari BTPN (hampir ke semua hadir),Ketua – Ketua Sektor JPN Terenganu,Pegawai – Pegawai Pendidikan Daerah dan wakil – wakil dari IPT ,Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Warga BTPN dan PKG Terengganu merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn.Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu atas jasa dan budi yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat di BTPN Terengganu.

No comments:

Post a Comment