Tuesday, January 24, 2017

Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016

      Pada 23 Januari 2017, Isnin telah berlangsung Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016 yang diadakan di BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Haji A. Latiff bin Awang, PJC, PJK Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Sebanyak 45 kategori di pertandingkan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah terutamanya kepada Pn. Manisah binti Manshor dari SMKA Sheikh Abdul Malek yang memenangi anugerah bagi kategori Guru Penyelaras NILAM Terbaik kategori Sekolah Menengah. Manakala Tahniah juga diucapkan kepada SK Pusat Bukit Besar yang telah memenangi bagi kategori Pengurusan Makmal Komputer Terbaik Kategori Sekolah Rendah.

      

No comments:

Post a Comment