Friday, March 1, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG BUKIT BESAR 1/2013




Pada 28 Februari 2013 telah diadakan Mesyuarat JKPA 1/2013 bagi PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong di BTPN Terengganu. Satu sesi taklimat bersama KPP BTPN Terengganu telah diadakan pada pukul 9.00, sebelum mesyuarat JKPA bermula pada pukul 12.00 tengahari.
Antara yang dibincangkan oleh KPP dalam taklimat tersebut adalah berhubung dengan status 1Bestarinet sekolah, penarafan iQPSS dan SSQS bagi tahun 2012 serta agenda baru BTPN Terengganu kepada pihak sekolah bagi tahun 2013.

Mesyuarat JKPA dimulakan pada setelah majlis penyampaian sijil Penghargaan kepada sekolah yang berjaya mendapat 5 Bintang bagi iQPSS dan SSQS 2012. Peserta mesyuarat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Bilik Seminar bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar dan Bilik Persidangan bagi sekolah ahli PKG Durian Burong.

No comments:

Post a Comment