Friday, January 4, 2013

PEMANTAUAN AWAL TAHUN PKG BUKIT BESAR KE SK PADANG MIDIN




Pemantauan Awal Tahun 2013 Pegawai PKG Bukit Besar ke Sekolah angkat PKG iaitu SK Padang Midin. Tujuan lawatan ini adalah bagi mengumpul maklumat berhubung dengan masalah sekolah seperti talian internet, masalah kekurangan guru, status bilangan kerusi dan meja murid yang tidak mencukupi serta masalah kebocoran atap di ruang pejabat dan bilik PSS Sekolah.

Semua permasalahan tersebut telah dipantau dan maklumat berhubung perkara tersebut telah dihantar ke Pihak Kementerian untuk diambil tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment