Pada 27 Januari 2013 telah diadakan
Bengkel Pemantapan Pusat Sumber Sekolah dan i-Nilam kepada GPM sekolah ahli PKG
Bukit Besar. Fasilitator terdiri daripada En. Muhamad Abdah bin Ismail, Pegawai
Teknologi Pendidikan 2 PKG Durian Burong, En. Iswady Fazly bin Md. Nor, Pegawai
Teknologi Pendidikan 1 dan En. Wan Mohd Bakri bin Wan Musa, Pegawai Teknologi
Pendidikan 2 dari PKG Bukit Besar. Antara yang disampaikan pada bengkel ini
adalah urusan pelantikan GPM yang baru, Teknik pengurusan PSS yang Cemerlang
dan cara mengisi i-Nilam secara online. Diharap bengkel pada kali ini akan
memberikan serba sedikit pengalaman kepada GPM yang baru dilantik.
Tuesday, January 29, 2013
Thursday, January 17, 2013
MESYUARAT SKT 1/2013 PKG DAERAH K. TRG DAN MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG
Pada 15 Januari 2013, telah
diadakan mesyuarat SKT bagi PKG Daerah Kuala Terengganu. Mesyuarat ini
membincangkan tentang hala tuju dan perancangan PKG Daerah bagi memenuhi SKT
PKG masing-masing. Pada masa yang sama juga di adakan juga mesyuarat ringkas
daripada Ketua Unit PKG bagi program serah tugas PTP PKG.
Antara yang terlibat dalam majlis
serahan tugas ini ialah:
-En.Abdul Malik Muhamad kepada En.
Iswady Fazly b. Md. Nor
-En. Muhamad Abdah b. Ismail kepada
En. Wan Mohd Bakri b. Wan Musa
-En. Imran bin Mat Ali kepada En.
Mohd Tarmizi b. Che Min
Pn. Noraihan bt Mohamed kepada Cik
Anita@Aziza bt Mohamad
Semoga dengan pertukaran pegawai
ini akan memberi suasana dan azam yang baru kepada pegawai yang terlibat.
Friday, January 4, 2013
PEMANTAUAN AWAL TAHUN PKG BUKIT BESAR KE SK PADANG MIDIN
Pemantauan Awal Tahun 2013 Pegawai
PKG Bukit Besar ke Sekolah angkat PKG iaitu SK Padang Midin. Tujuan lawatan ini
adalah bagi mengumpul maklumat berhubung dengan masalah sekolah seperti talian
internet, masalah kekurangan guru, status bilangan kerusi dan meja murid yang
tidak mencukupi serta masalah kebocoran atap di ruang pejabat dan bilik PSS
Sekolah.
Semua permasalahan tersebut telah dipantau
dan maklumat berhubung perkara tersebut telah dihantar ke Pihak Kementerian
untuk diambil tindakan lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)