Sunday, July 12, 2015

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)




Perhatian kepada semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Bukit Besar untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah, yang dilaksanakan secara dalam talian, di link , bermula pada 6 Julai hingga 23 Ogos 2015. 


Harap maklum, terima kasih.

 

Wednesday, May 20, 2015

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) 1BESTARINET MATEMATIK DAN SAINS SIRI 1 dan 2 (TAHUN 4)



Pada 20 dan 21 Mei 2015 telah diadakan Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran (VLE) bagi subjek Sains dan Matematik tahun 4. Bengkel ini mengabungkan sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong yang bertempat di Bilik Bunga Lawang PKG Bukit Besar.

Tuesday, April 14, 2015

BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2015 MENGGUNAKAN PENDEKATAN ZPD




Bengkel Penggunaan Bahan Digital MBMMBI 2015 menggunakan pendekatan ZPD telah diadakan pada 08 April 2015 (Rabu) bertempat di dewan besar SMK Chendering.

Ucap utama bengkel ini telah disempurnakan oleh Tn. Haji Shamsudin b.Hassan selaku Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan. Bengkel ini telah dihadiri oleh guru Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Melayu seramai 120 orang dari 60 buah sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong.

Ceramah pendekatan ZPD ini telah disampaikan oleh penceramah-penceramah dari SISC+ (PPD) iaitu Tn. Haji Mohd Shukri b. Ismail dan Pn. Mahshuri bt. Rani dan juga telah dibantu oleh fasilitator-fasilatator (Pn.Yusnita bt.Yunus dan Pn.Laili bt. Hussin).

Thursday, April 2, 2015

Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ Guru ICT dan Juruteknik Komputer (Bil.1-2015)




Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT dan Juruteknik Komputer telah diadakan pada 01 April 2015 yang bertempat di bilik Seminar SMK Sultan Ahmad. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Pembestarian Sekolah BTPN Terengganu En. Yusma @ Abd Mubin bin Yusof. Mesyuarat membincangkan tentang Penyelenggaraan ICT yang sedang berlaku di sekolah serta Status Penggunaan Chromebook, VLE dan VDI Thin Client.

Bengkel Verifikasi IQPSS dan I Nilam (Bil 1/2015)




Bengkel Verifikasi IQPSS dan I Nilam bagi sekolah ahli PKG Bukit Besar dan PKG Durian Burong telah diadakan pada 31 Mac 2015 bertempat di SMK Seri Nilam. Bengkel kali ini menunjukkan cara untuk upload data murid daripada data murid yang diperolehi daripada web APDM serta pendaftaran kelas dan menyemak status duplicate maklumat murid daripada sistem Tarantula I Nilam.

Monday, March 23, 2015

Mesyuarat JKPA bil.1/2015



Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) PKG Bukit Besar telah diadakan pada 11 Mac 2015 bertempat di bilik Mesyuarat SMKA Sheikh Abdul Malek. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Unit Pembestarian BTPN Terengganu iaitu En. Yusma @ Abd Mubin bin Yusof. Mesyuarat membincangkan tentang perancangan sekolah ahli bagi tahun 2015 bagi jawatankuasa kecil JKPA yang terlibat serta aktiviti yang tertangguh daripada tahun lepas.