Pada 04 April 2016, Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat
Negeri Terengganu telah diadakan di SMK Seri Nilam Kuala Terengganu.
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Azman bin Othman, Ketua
Sektor Pengurusan Akademik, JPNT mewakili Tuan Pengarah Pendidikan
Negeri Terengganu. Majlis pada hari ini diadakan serentak seluruh Negara
sama ada di peringkat negeri dan juga peringkat sekolah-sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.