Pada 07 Julai 2012, PKG Bukit Besar
telah menerima satu rombongan daripada PKG Pengkalan Hulu, Perak. Peserta
lawatan ini terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Pengkalan
Hulu serta beberapa pegawai BTPN Perak. Pegawai PPD Kuala Terengganu diberi
tanggungjawab untuk mengendalikan peserta lawatan berikutan Pegawai Teknologi
Pendidikan PKG Bukit Besar menghadiri peperiksaan di IPG Dato’ Razali pada hari
tersebut.