Thursday, October 16, 2014

Khidmat Bantu PSS SK Pusat Bukit Besar 2014




Khidmat Bantu Pusat Sumber SK Pusat Bukit Besar telah diadakan pada 15 hingga 16 Oktober 2014. Program ini disertai oleh semua guru GPM sekolah rendah dan beberapa orang Pembantu Perpustakaan daripada sekolah menengah.

Pada hari pertama peserta diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar dan Guru GPM dari SK Pusat Bukit Besar di Bilik Seminar sebelum program dimulakan selepas itu. Pusat Sumber SK Pusat Bukit Besar memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan Pusat Sumber Cemerlang pada Peringkat Negeri Terengganu. Semoga khidmat bantu kali ini menambahkan lagi keceriaan Pusat Sumber sekolah berkenaan.