Friday, August 10, 2012

BENGKEL PENGISIAN SSQS 2012




Pada 08 hingga 09 Ogos 2012, telah diadakan satu bengkel pengisian SSQS bertempat di bilik mesyuarat PKG Bukit Besar. Bengkel ini melibatkan 62 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT dan Pengetua/Guru Besar bagi sekolah ahli pkg bukit besar dan Fasilitator bagi bengkel ini ialah En. Muhamad Abdah bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Antara pengisian bagi bengkel ini ialah para peserta didedahkan dengan kaedah ataupun cara menggunakan sistem ssqs serta bagaimana mengumpulkan responden yang terlibat bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di dalam sistem.